LOKASI

Sekolah Menengah Kebangsaan Panji merupakan sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak di Kampung Panji di Jalan Raja Perempuan Zainab 2, iaitu kira-kira 9 kilometer dari bandar Kota Bharu. Kedudukannya yang berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dan Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) menjadikan kawasan ini agak sibuk dari segi lalu lintas. Kompleks Sukan Negeri Kelantan yang berhampiran juga memberikan kelebihan dari aspek latihan sukan dan membina hubungan baik dengan Jabatan Belia Negeri dan Pusat Sukan Negeri. Sekolah-sekolah rendah yang berhampiran adalah SK Demit, SK Demit 2, SK Tapang dan SK Panji yang juga merupakan sekolah rendah saluran ke SMK Panji. Sekolah-sekolah menengah yang berhampiran pula adalah seperti SMK Raja Sakti, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 1 yang berada dalam QIT yang sama. Sekolah-sekolah ini saling bekerjasama dalam aspek akademik, sukan dan kokurikulum

0 comments:

Post a Comment