![]() |
Bangunan Makmal dan Bilik Darjah (1984) |
SMK Panji mula dibuka pada 1 Januari 1984 di kawasan seluas 18 ekar di Kampung Panji . Lokasinya adalah di tepi jalanraya dari Kubang Kerian ke Kampung Sabak. Kawasan tapak sekolah ini asalnya adalah sawah padi yang telah ditebus guna. Pada permulaannya, sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat dan satu bangunan Bengkel Seni Perusahaan serta satu bangunan kantin. Terdapat dua padang bola yang sangat selesa untuk kegiatan sukan.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn Hj Zakaria bin Chek dengan seramai 10 orang guru tetapi tiada kakitangan sokongan yang melaporkan diri pada awal pembukaannya. Namun pada 15 Januari 1984, En. Razali bin Mamat, kakitangan sokongan yang pertama melaporkan diri telah mula bertugas. Seramai 99 orang murid tingkatan 1 mendaftarkan diri dengan 4 buah kelas dibuka daripada beberapa buah sekolah rendah sekitar seperti SK Panji dan SK Tapang.
![]() |
Bangunan Blok KBSM -dibina pada tahun 1990 |
Pada tahun 1990, satu blok bangunan KBSM dibina untuk menampung pertambahan murid yang mengandungi empat buah bilik darjah. Pada tahun 2000, dua buah bangunan empat tingkat yang mengandungi bilik darjah dan makmal sains telah mula beroperasi dan buat pertama kalinya sekolah ini telah beroperasi untuk satu sidang sahaja (untuk satu tahun sahaja). Pada tahun 2005, satu blok bangunan Makmal Komputer Fasa 3(b) yang mengandungi dua buah makmal disiapkan dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2006.
0 comments:
Post a Comment